ALHAMDULILLAH!!! Dah Tak Ada Lagi Aksi Peluk Cium Drama dan Filem

Kalau korang perasan, drama-drama TV nampaknya semakin menjadi-jadi pulak menunjukkan aksi-aksi ghairah malah di bulan puasa pun masih lagi dipaparkan. Namun aksi-aksi ini tidak akan lagi dibenarkan tersiar di kaca tv.
Lembaga Penapisan Filem (LPF) telah mengeluarkan satu pekeliling yang menetapkan satu garis panduan, peraturan rasmi.
Setiap stesen televisyen yang beroperasi di Malaysia mesti akur dengan pekeliling ini.

ALHAMDULILLAH Dah Tak Ada lagi Aksi Peluk cium





Mungkin kerana LPF telah menerima banyak aduan daripada orang ramai terhadap beberapa rancangan drama melayu yang agak ‘keterlaluan’, maka pekeliling ini dikeluarkan.
LPF turut melarang adegan yang berunsurkan khurafat dan tahyul selain daripada aksi ghirah itu tadi.
Yang menariknya lagi,  adegan berunsur politik seperti mengkritik kerajaan juga dilarang..




Komen Pengarah Filem



Pekeliling penuh tersebut boleh dilayari di Facebook Shahrulezad Mohameddin,memang banyak adegan tidak dibenarkan.

Bahasa Mulut Puaka pun tak boleh

Malah beberapa kata-kata kesat seperti sial, celaka, jahanam, haram jadah dan banyak lagi turut dipotong jika penggiat seni masih berdegil mahu menggunakannya.


Alhamdulillah Semoga arahan ini dilaksanakan. Sama-samalah kita tunggu dan lihat

sumber : ohbulan