Dato Siti Nurhaliza Muncul Buat Kali Pertama dalam Dalam Program D'Academi Asia Setelah Berpantang


Dato Siti Nurhaliza yang telah mengalami keguguran ketika kandungan berusia 2 bulan baru-baru ini, akhirnya telah membuat kemunculan pertamanya dalam sebuah program TV Indosiar Indonesia iaitu Program D'Academi Asia semalam.

Beliau telah diundang sebagai komentator undangan dalam program tesebut. Dalam temubual bersama wartawan, Siti menyatakan bahawa Siaran TV Indosiar adalah merupakan saluran televisyen pertama yang menjemput Siti Nurhaliza muncul di kaca tv di Indonesia semasa awal kariernya sebagai penyanyi.

Dato Siti turut tidak mengecewakan peminatnya di sana dengan menyampaikan lagu Balqis.

Kemunculannya telah menjadi trending di Indonesia.





Persembahan penuh bertenaga Dato Siti yang menyampaikan lagu bertajuk 'Balqis.'